CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday 11 November 2012

Arghhh,,,FINAL semakin Dekat,, !!!!!

Assalamualaikum,,, warga bloggerr,,, n salam satu Malaysia,,
ermm,,,rindu sangat,,lama tak update blog,,,dah lebih satu bulan da tak update,,,now ada masa terus 2 jerr,, ambil peluang update blog,,,,,happy sangat...:)



ermmm,,first add all,,sekarang ni,,,aku busy sangat2,,tinggal beberapa hari lagi nk exam,,ermmm,,,sekarang perasaan takut mula menguasai diri,,,bukan apa,,,aku taakut sangat2,,,begini,,,aku dapat rasakan yang markah PB ku sem ni teruk sangat2,,,ku tak nak,,,pointer aku menurun,,,tak nk!!!! ergg,,,

menurun tu,,tak la kesah sangat,,,tp,,,apa yang aku takut,,REPEAT!!! perkataan yang sangat menggerunkan semua kawan2 ku,,,jangan la aku mencipta sejarah,,,arghhh,,takut gila,,,

final,,tinggal 5 hari lagi, ,,, EXAM!!!
tapi,,,persedian dah buat ka,,,aduyyy,,,mals nya,,,
setiap hari,,bukan nya nk study,,tapi,,,movie! makan ! tdor! game! semuaaaa dibuat,,,
sebelumni,,,tak kesah pon semua tu,,,syaitannnnnn menguasai diri ni,,,!!! hahahah,,,
tak pa,,,sekarang,,da masa bolehhh study,,say NO pada semua tu,,, hehehh,,, NO! la sangat kan,, hahah

sekarang,,,semua ni,,,menguasai diri:
 * Risau pasal exam
*takut, sebab belum prepared
*gembira, sebab dah habis semester,,,
*sedih,,sebab kalau tiada halagn,,, 6 bulan tak jumpa  kekawan yang disayangi,,,(feel miss them,,)

apa yang penting untuk aku,, MR K n kawan2 seperjuangan ku,,,SEMOGA KITA BERJAYA  menempuhi segala rintangan bersama2 ,,,k,, semoga kita graduat bersama2 juga,,,

gud luck pada semua yang nk hadapi FInal exam seprti aku N my MISTER k,,,( admin ke 2 blog ni)
semoga kita sama2 berjaya!!  :)
okey,,that alll,,,,,
senyum selalu,,,:)

                                                                                assalamualaikummmmmmmmmmmmm :)

Friday 28 September 2012

weekENd is ComINg

Assalamualaikum,,,,
dan salam Satu malAysia semua,,,
hari ini,,,jumaat,,,,
beberapa jam lagi mau tiba hari sabtu,,,aduh,,,
aktiviti apa nak buat minggu ni,,,
ala,,,coba la,,ada org yang memahami hati kecilku ini,,,pasti gembira,,,
aduyyya,,,,hati-hati kecil ku setiap kali hujung minggu tiba,,,pasti menjerit2,,,meronta2,,,
nak keluar,,,nak jalan,,bersiar sana,,,bersiar2,,sini,,,mau snap ,,sana,,snap sini,,,
aduhhh,,,,
siapa ka,,,insan yang mengerti perasaan ini,,,

esok,,Sabtu 29 september, 2012,,,
pastinya,,,ada satu tugasan yang sedang menunggu,,dan perlu di siapkan,,,,,
heheh,,,esok outing,,,dengan kekawan senget,,,
pegi  shooting,,,(konon),,mesti siap kan esok juga,,video,,ni,,dah tak da masa da,,,nak siapkan,,,
mau edit2 la,,,apa lagi,,,semuanya memerlukan kesabaran,,,

hhuhuh,,memang sebok la sem ni,,,sebok sangat,,,
masalah dengan lecture2 pun bnyak,,,ala,,,apa nak jadi la student macam aku ni,,,
(out of topic la pulak,)

api,,,yang pasti,,,aku tengah perfikir ni,,,apa yang nak dibuat hujung minggu ni,,,
rasanya,,,macm lama suda tak outing,,,dengan mister k...aduhhh,,,Mister K jom,,,la,,,outing,,minggu ni,,,
lama dah kita tak gambar sama 2,,,rindu ni,,,,ala aiii,,,,




Sunday 23 September 2012

kisAh Aku n Mister K

aSsalamualaikum,,,,
hari ini aku rasa rindu pulak dengan2 zaman persekolah dulu,,,
time masih sekolah menengah la,,,
entah,,,kenapa tiba2 pula hati ini ingin mengingati zaman persekolahan di sekolah menengah dulu ya,,,
biasa la tu,,,kot,,,bnyak sangat memori kenangan lalu yang telah aku lalui,,,,
pahit manis semua ku rasa,,,,tapi,,,semuanya tinggal kenangan,,,
hari ini,,,kenapa aku sedih sangat bila nak kongsi cerita  aku masa menigkat remaja argghhh,,,
sedih ni,,,sebak,,,,
nak di pendekkan cerita,,,aku rindu la,,,dengan sahabat lama aku di alam remaja dulu,,,(rasa dah tua pulak)
hmmm,,,mana tak nya,,,sekarang umur hampir mencecah 20 tahun,,,dah tua la ti,,,kalo di beri suami,,,dah ada anak kot,,,hahahha,,terpesong pulak,,,arggg,,,nak tengok ker,,,gambar aku dulu2,,,tme masih guna baju sekolah,,,,jommmm,,,ekot,,,mengembara sebentar bersama saya....

bermulalahhhhh,,,









opsss!!!! siapa disebelah ku!!! kenal kerr,,,

my best frend,,,








nampak tak aku n Mister k!!!!
hehhehe,,,dulu satu kelas,,,sekarang dah tak lagi


rindu pada mereka semua,,,:)
Apapun,,,itulah kenangan kami bersama,,,,apapun,,,paling penting,,,kenangan aku n MIster K adalah sama,,,:)
"KLMJ" kan mISter K 



Tuesday 18 September 2012

dhIA yang MenCintaiku





Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia akan pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi akan menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk anda.
Berikut adalah tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan jujur dan ikhlas:
  1. Si dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela dan bukan kerana terpaksa.
  2. Si dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan sanggup berubah demi menyenangi hati pasangannya.
  3. Si dia banyak menasihati kekasihnya kerana si dia amat menyayangi kekasihnya.
  4. Si dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap. (maksud: mengambil berat setiap apa yang dilakukn oleh kekasihnya)
  5. Si dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
  6. Si dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana si dia sentiasa berasa curiga jika kekasihnya dikacau lelaki lain.
  7. Si dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
  8. Si dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
  9. Adakalanya si dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana si dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.
  10. Si dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
  11. Si dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk dan dimanjai oleh kekasihnya.
  12. Si dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
  13. Si dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.
  14. Si dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
  15. Si dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana si dia tidak mahu kasih sayang antara mereka menjadi luntur.
  16. Si dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
  17. Si dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa mengorbankan masa dirinya sendiri.
  18. Si dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
  19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, si dia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun si dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
  20. Apabila timbul orang ketiga, si dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
  21. Si dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
  22. Si dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau si dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100% mencintai kekasihnya.
  23. Si dia sanggup menitiskn air mata demi kekasihnya. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. (Tidakkah anda terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi anda?)
HARGAILAH MEREKA dan terimalah mereka seadanya… Berilah mereka perluang untuk memberi cinta sejati

Friday 7 September 2012

tiket untuk couple (niKah GAntung)


Dalam adat orang Melayu, kebiasaannya perkahwinan dimulai dengan pertunangan sedangkan mengikut cara yg diamalkan dalam masyarakat dulu iaitu nikah gantung adalah lebih menepati maksud khitbah dalam Islam bukannya bertunang.

Namun, ada juga orang yang menyamakan Khitbah dalam Islam sebagai pertunangan adalah tidak tepat. Akibat dari cara khitbah yang salah telah menjadikan pertunangan sebagai asas untuk menghalalkan “coupling” (dulu disebut berdua-duan atau merendet) antara lelaki dan wanita.
Ada yang memberi alasan untuk ber’couple’ dulu atau bertunang dulu untuk kenal mengenali satu sama lain sedangkan hubungan perkahwinan bukan isu hukum Thourndike “cuba-cuba” atau “trial and error”. Ia adalah satu amanah dalam Islam.
Ramai di kalangan remaja pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”. Ada yang berkata,”Bertunang boleh kenal hati budi, kalau tak sesuai boleh putuskan tapi kalau dah kahwin susahlah, nak bercerai malu!”
Isunya: “Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara yang halal.. iaitu BERNIKAH!”.
Apabila persoalan nikah ini diutarakan, ramai yang akan memberikan respon yang skeptik.“Saya belum bekerja!”, “Saya masih belajar!”, “Mana nak cari duit buat belanja kahwin?”, “Ni bukan main-main, nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak Ayah tak bagi!”, “Nak tinggal kat mana? Sapa yang nak bayar sewa rumah” dan 1001 alasan lagi.
Kenapa mereka boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja… “Kamu wajib berkhitbah!”.
 Khitbah
 Secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu.
Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat,
Hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”.
Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak. Lebih menyedihkan ada yang bertunang kemudian ber’coupling’ berakhir dengan keterlanjuran, kemudian putus dengan pelbagai alasan.
Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar.
Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan.
Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung” (bunyinya amat mengerikan?)
Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”.
Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan pemuda pemudi kita hatta yang janda,duda atau yang nak berpoligami serta yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.
Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja. Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian.
Sudah pasti ada ibu bapa akan tidak bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu.
Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kebejatan moral menggila. Lihatlah apa yang berlaku di seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh sebuah akhbar harian baru-baru ini mengenai aktiviti pengguguran cukup merisaukan banyak pihak.
Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus ke arah maksiat dan nafsu.
Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini.
Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu.
Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko.
Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.
Saya sedang berusaha untuk menghidupkan kembali ‘nikah gantung’ ini dengan panggilan baru iaitu ‘nikah khitbah’, walaupun menghadapi sedikit masalah penerimaan.
Ia semata-mata bertujuan untuk mengelakkan perkara maksiat yang boleh berlaku seperti berhubungan melalui telefon (melepas rindu dendam melalui telefon, sms, chatting, fb dll), bertemu antara pasangan walaupun ada mahram (tetap akan berlaku bertentang mata dan apa sahaja yang boleh menjadi muqaddimah kepada zina mata, tangan, hati dll.)
Saya sendiri bernikah gantung (nikah khitbah) pada 7.7.1979 iaitu 6 bulan sebelum majlis kenduri. Dengan tiket nikah saya tiada masalah untuk menemui isteri atau keluar bersama-sama (ber’couple’) kerana dah disahkan sebagai suami isteri (gantung-sebab tdk duduk serumah) yang lebih menepati khitbah secara Islam.
Malah dengan tiket nikah itu membuatkan saya merasai beban amanah sebagai suami meskipun kami tidak serumah sementara menunggu majlis kenduri pada bulan Disember 1979.
Saya mahu menjadi ibubapa yg awal pada zaman moden yang penuh kecelaruan dengan menjadikan nikah khitbah dipraktikkan oleh anak-anak saya yang belum berkahwin, insyaAllah. Doakan! :)

Thursday 30 August 2012

sAlam KemerdekaAN

        
saya anak Malaysia,,,
Merdeka!!!,Merdeka!!!,Merdeka!!! itu lah kata dan laungan azimat yg dinantikan di tanah melayu ketika dahulu.
Kita sebagai rakyat Malaysia sangat bertuah hidup di dalam negara yg aman damai , Nikmatilah dengan rasa bersyukur pada Illahi di atas kemakmuran yang tersedia di atas pengorbanan dan perjuangan para perwira-II tanah air yang berbakti, berjasa dan juga yang telah menumpahkan darah terakhir di Tanah Melayu yang dikenali sekarang MALAYSIA.
Marilah kita jaga sama-II menjaga keamanan negara ini dengan sebaik-II nya ,agar semua masyarakat dapat hidup dengan aman , makmur dan sentosa.

*****SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-55 :)

  

Thursday 9 August 2012

hAri ke -21 PUAsa :)

Assalamualaikum,,,semua kekawan ku sekalian,,,,
firstly,,,,sihat ka,,,hmmm,,,,arap semua baik2 je :)kan,,,,insyaallah,,
erggg,,, termasuk hari ini,,,tinggal 9 hari lagi kan,,,kita nk raya,,,,hmmmm,,,tak sabar rasanya nak sambut lebaran,,,
aduhhhh,,,,gembira sesangat nie,,,harap2 la,,,raya tahun nie membawa seribu kenangan dan kegembiraan kepada kita,,,amin,,,
hahhah,,,panjang pulak,,,salingan aku pada hari ini,,,,
ermmm,,,sebenarnya,,,hari ni,,,nak cerita sikit apa yang telah ku buat dengan kekawan manja ku kat poli kuching,,,,
ala,,,,terlalu bnyak nak cerita ni,,,sehinggakan aku sendiri tak tahu nk mulakannya dari mana ,,,hhahah
terus blurrr ,,,kepala ku ni,,,heheh,,,excited sangat nk kongsi cerita suka dan duka bersama katakan,,,,hehheh
sebenarnya,,,suma program2 yang aku lalui with all my pwend ni dah lama dirancang,,,kira-kira  2 minggu camtu la,,,,,ingat nak bawa semua kawan satu kelas,,,tapi,,,semuanya hancur,,,,hanya tinggal beberapa orng jer yang dapat join kita orang,,,,butway,,,,yang pastinya,,,semua program berjaln dengan lancar,,,malah,,,,yang tidak dtersenarai dalam aktivi tu,,,pun kita buat,,,almaklumla,,,,nak isi kekosangan masa yang da,,,heheheh....
ermmm,,,k,,,korang naktahu ka,,,pa yang kami semua buat,,,,
1st destination
nie la geng ku yang comeiyyy,,,:)
penantian sebelum berangkat pergi,,,
aku n my roomate,,,

nabilah or Embok
selaku driver kami,,,,hehhehhehe

hidangan berbuka puasa,,,kena masak sendiri tau,,,
best!!!!!

dari kiri,,pikah, iela, hisyam,ika n naning,,,

pikah n iela
dah lapar la tuuuu

sabar pikah,!!! sabar,,,,
masak tom yam,,,

our lecture
penAsihat akedemik kami n her husband

bulan!!!

kawan2 ku yang tersayang :)

ala,,,manja nya iela,,,,
teman paling manja,,,,:) jangan salah anggap k,,,hehhehe
2nd destination (B0wlINg TiME )



persedian sebelum main,,,hhuuuh

aku,,bergaya je lebh,,,padahal,,,tak expert mana pon,,,hahhah

aku n ain

aksi terlarAng!!!!

my turn,,!!!!
ku dapt no satu dr belakang lerrrr,,,
hhehheh



ni la,,ahli olimpik pOliku,,,
ada bakat ,,,boleh  jd pemain boling negara ,,,
insyaallah,,,20 tahun akan datang,,hahha,,dah tua!!!
                                                     3rd n last destination (gorKAT)
safety first,,,,bau helmet tu,,,dah berat!!!

kami diberi sedikit taklimat,
pesrta-peserta GorKat,,,,,terbaikkkk!!!

aktiviti kami yang ketiga ni sikit je gambar,,kos ni baru first time kami main,,,tu la,,,excited gilerrrr nie,,,
sampai dah tak ingat nk bergambar,,,hahahha,,,terbaik la,,,kawan2 ku,,,banyangkan semua aktiviti ni kami buat dari 7 malam until 4 pagi,,,,p,,,da juagak la xtiviti sampingan untuk memenuhi ruang dan waktu bersama-sama,,,hhuuhuh,,,happy sesangat la,,,,TERBAIKKK!!!
tu je la pat di kongsi untuk entry kali ni,,,,,
k,,,thank you,,,,
AsSalamualikum,,,dan satu MAlaysia,,,:)

Sunday 5 August 2012

thaNk to my Cayank Pwend,,,

aSsalam semua kekaWan ku,,,,
hmmm,,,,best nya ari tok,,,,,syokkkk...
ari tok,,,iela suhailah sudah tolong kmk ato kmk pun blog,,,,
hmmmm,,,,syokkk,,,,blog kmk dah kacakk,,,
tq my lurve pwend,,,cyggg,,,
                                                     Iela suhailah,,,,,my cayang(kawan),,,,

Sunday 29 July 2012

rindu yang teramat sangat,,,,

asSalam sayang,,,,sumpah,,,hari ini,,,ku rasa rindu gilerr,,,
hmmm,,,,x terkata rasa luahan hati ku ini,,,,,,rindu yang teramat sangatttt,,,,
ingin sekali aku mengeluarkan,,,mutiara jernih ini,,,,
tapi,,,selagi aku mampu menahan,,,,ku tahann
sungguh x ku nafikan,,,aku ingin sekali selalu di samping mu,,,sayangg,,,,
argghhh,,,rindu,,,,

mengapa kini,,,diriku kini kian merasakan diri mu pergi jaoh,,,dari sisiku,,,
ku rasakan kekosongan,,,
terlalu kosong,,,,
mujurlah,,,setiap detik,,,aku teringatkan dirimu,,,teman2 sering disisiku,,,
so mampu la ,,,untuk aku mengukirkan sennyuman bagi mengisi segala kekosongan ini,,,

mengapa,,,seorang insan yang bergelar lelaki,,,sukar untuk memahami perasaan seorang wanita,,,
terlalu sukar,,,ingin sekali aku menjaga dan menyembunyikan setiap kata2 dari hati kecilku,,,
namun,,,aku tidak mampu untuk melakukan semua itu,,,

biarpun hati ini sakit,,,,ku pertahankan jua,,,,namun apakan daya,,,,aku hanya manusia biasa,,,
kadang2,,,aku marah engkau begitu saja tanpa sebarang sebab,,,
andainya engkau mengerti,,,aku sebenar terlalu merindui mu,,,,

namun aku bersyukur,,,,
walau sesibuk mana dirimu,,,kau masih mampu untuk bertanya khabar padaku,,,
terima kasih atas segalanya,,,,
cukup satu msg yang kau hantar untuk ku,,,sudah mampu untuk aku mengubat rasa kerinduan ini,,,

dear,,,mis u lotttt....
miss u very much,,,,

Friday 27 July 2012

alangKah BaiknYa ,,,,,,,,,



♥ Saat akad nikah ~ dapat PAHALA!
♥ Suami peluk isteri ~ dapat PAHALA!
♥ Cium isteri ~ dapat PAHALA!
♥ Renung isteri ~ dapat PAHALA!
♥ Suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri ~ dapat PAHALA!
♥ Suami bernafsu tengok isteri ~ dapat PAHALA!
♥ Suami pegang isteri ~ dapat PAHALA!
♥ Suami marah isteri (untuk menegur) ~ dapat PAHALA!
♥ Suami imamkan isteri ~ BERLIPAT KALI DARAB TAMBAH kali kuasa dua PAHALA!(nk gtau bnyaknya pahala ^,^)
♥ Suami ajar isteri fardhu ain ~ dapat PAHALA!
♥ Suami setubuh isteri ~ dapat PAHALA!
♥ Main kenyit2 mata dengan isteri ~ dapat PAHALA!

Allahu akbar...SERONOKNYA.,,,,,,,

Monday 23 July 2012

my Heart,,,(luahan kata2)

asSalamualaikum,,,,
salam ramadhan,,,,dan
salam satu Malaysia,,,,,,

lamak sekali jak ku x post kat blog tok,,,,
dah 2 bulan kali,,,,
bukan kali gik,,,nang 2 bulan lebih ponnnnnnn,,,,hahahhakkk
besa la,,,,
bz memanjang ,,,,,
mister k pon bz juak,,,
so xda la orang yang sudi mengupdate blog tok,,,tedahhhhh,,,

bnyak juak bnda dipolah cuti sem tok tek,,,,
pa yang paling penting,,,,
ku sentiasa pat bersama mister K yang tersayang,,,,hhhehehehhe,,,,
syokkkkkk glak,,,,
gembira tidak terkata,,,,,hheheh,,,,
misssss,,,,saat2 cmyaa gk,,,,,

tapi,,,,,nektok,,,dah masok poli balit,,,,
bertmbh la bz mewk owg tok,,,,,hhhuhhhh
teramat la sangat,,,,
xda masa mok di pakey untuk luangkan masa sama2,,,,
cian ehhhhh,,,,p xpa,,,,,
sali sala,,,,bukan salu,,,,
pat nagga muka mister K dari jaoh pon cukup la,,,,,
da juak k ubat rndu,,,heheheheh
sengallllll ku tok ....

k lah,,,yya jak,,,lok ari tok,,,
asa mlas ewhhh,,,
perut lapa glak kali,,,,nie dak,,,,heheheh,,,

pa2pun,,,to mister k,,,
jaga dirik bagus2,,,,
keja2 juak,,,study boh lupak,,,
n asgmet boh lupak nk di polah,,,,
paling penting,,,,
bowh salu gilak  turun kelas aherr,,,,k,,
mis u,,,,

Friday 27 April 2012

sAja 2 JAK!!!!!

aSsalamualaikum semua,,,,,
adyhhhh,,,lamak dah x bukak blog,,,,
hari jak baru da peluang mau buka,,,,
sebelum nie,,,,bz memanjnggggg
al maklumla,,,
dah final exam,,,studyyyyyyyyy,,,,la,,,,
nie,,,,x lamak gk mok cuti semester,,,,
hushhhhhh,,,,asyikkk glerrrr,,,,
xsabarrrr,, mau balit,,,makan masakan my mum,,
rindu tahap kaban,,,,
bait nasib semalam my mum hantar makanan,,,,,,
ketam goreng,,,,sleppppppppppp,,,,terduduk,,,terus,,,
>_<,,,,,
makan sma2 kekawan tersayang,,,,nang best glerrr,,,
tggal beberapa hari lagi kami bersama,,,
pastu,,,cuti,,,,mesti rndu glerrr,,,kat kawan2,,,
rinduuuuuuuuu,,,,
tapi yang pasti,,,esok,,,,
Kubah time,,,
yehhh,,,hilangkan tension untuk mggu nie,,,
bjaga,,,,,dah 3 paper,,,lepas,,,senag sikit hati ni,,,
tapi lepas ni,,,kena blja gk,,,
da 2 paper g blom selaesai,,,,
tp best,,,,study group bersama2 rakan2,,,
memang mudah mau masok,,,study ramai2,,,
terbaikkkkk la gengggg,,,
hope kta dapat keputusan terbaikkkk untuk sem ni,,,
untuk MISTER K,,, blaja bna2,,,boh main2,,,
boh ANTon glak,,,
huhuhshuuhu,,,
lurvE Miak ANgowl,,,
walupun nya sentiasa ANGowl,,,hahhahkkkhahahkk



Tuesday 17 April 2012

Kau Ilham ku,,

assalamualaikum kepada semua,,
hari ini mister k ini menulis sedikit coretan di hari yang berbahagia ini,,
Pertama sekali,,buat yang tersyg cinta ini hanya untuk mu,,^^
aku tidak mengerti dengan apa yang terjadi pada hubungan kita pada msa ini,,bermacam dugaan yang terpaksa di harungi bersama,,
Tetapi,,kita mampu menghadapi dengan hati dan tenang dan sabar,,
Sayanggg,,biar cinta kita kekal abadi,,,

ingin ku berikan sebuah lagu buat insan yang amat ku cintai ini,,,


Teuku Wisnu feat Shireen Sungkar=>Cinta Kita


Inilah aku apa adanya
Yang ingin membuatmu bahagia
Maafkan bila ku tak sempurna
Sesempurna cintaku padamu

Ini cintaku apa adanya
Yang ingin selalu di sampingmu
Ku tahu semua tiada yg sempurna
Di bawah kolong langit ini

Jalan kita masih panjang
Ku ingin kau selalu disini

Biar cinta kita tumbuh harum mewangi
Dan dunia menjadi saksinya
Untuk apa kita membuang-buang waktu
Dengan kata kata perpisahan

Demi cinta kita aku akan menjaga
Cinta kita yg telah kita bina
Walau hari terus berganti hari lagi
Cinta kita abadi selamanya

Jalan kita masih panjang
Ku ingin kau selalu disini

Biar cinta kita tumbuh harum mewangi
Dan dunia menjadi saksinya
Untuk apa kita membuang-buang waktu
Dengan kata kata perpisahan

Demi cinta kita aku akan menjaga
Cinta kita yg telah kita bina
Walau hari terus berganti hari lagi
Cinta kita abadi selamanya

Lirik yang penuh dgn makna,,I wants u to hear,,,

I Lurve My Lurve,,Daaa,,
Anyway,,jgn knk tipu jk,,hehehe,,
Assalamualaikum,,kum,,kum,,ahahah,,

Friday 13 April 2012

mAaf!!!!

maaKAN aku jika aku telah melukan hati,,,,
bukan tujuan aku ingin menyakiti hati mu sayang,,,,,
bukan ku pinta segalanya jadi begini,,,,
pembohong ,,,yang aku lakukan bukan bermakna aku tidak syang padamu,,,
tp,,,,kerana ikutkn perasaan,,,,yg ingin sekali untuk mnjaga hatimu,,,,aku,terpaksa untuk melakukannya,,,
namun,,,,aku bodoh,,,tidak pandai untuk menipu dirimu,,,,,
,,,kini,,,aku sedar,,,,aku buta untuk mengenali dirimu,,,,
buta mengenali erti cinta,,,erti kasih,,,erti kejujuran ,,,yang kau berikan kepada aku,,,,
betapa bodohnya aku menilai semua ini,,,,,,
sesungguh nya aku menyesal atas apa yang telah aku lakukan terhadap mu,,,,
ingin sekali aku menebus kesilapan ,,,,namun aku sedar,,,,,bukan mudah untuk aku melakukan semua ini,,,,,
   *bongokkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
kenak la aku sanggup mkelakukan semua tok,,,,,,
hahhh,,,,sesal kemudian tida gunanya,,,
padan la dengan diri aku sekarng,,,,,
yank,,,,hanya kata maaf yang mampu aku ucapkan pada dirimu,,,,
maafkan diriku kerana aku telah membals sgala kejujuran ,kepercayaan,,kasih sayang kamu,,,,
dengan satu penipuan yang amat menyakitkan hatimu,,,,,,
maaafkannnnn diriku,,,sayang,,



Berulang kali ku mencuba memujuk dirimu cuba menjernihkan...
Pertelingkahan antara kita berdua...
Kau hilang dan terus membisu beginikah cara kau menghukum aku...
Atas kesilapanku menduakan dirimu...
Maafkan aku...

Tak terlintas difikiranku melukai kamu permainkan cinta
Yang telah kau berikan sepenuhnya padaku..
Tiada dua atau tiga pengganti dirimu pada kau yang satu
Ku abadikan cinta selamanya
Hanya padamu kekasihku...

Bukakanlah pintu hatimu
Izinkan aku kembali padamu...
Ku sesalkan perbuatan ku ini
Tak akan berulang lagi ku janji...
Terimalah ku kembali kasih...

Biarpun ribut melanda namun tetap aku berdiri menunggu
Agar terbukti janjiku padamu...
Tidakkah terdetik hatimu untuk memaafkan kesalahan aku
Berikan peluang sekali lagi...
Hanya ku pinta...

Bukakanlah pintu hatimu
Izinkan aku kembali padamu...
Ku sesalkan perbuatan ku ini
Tak akan berulang lagi ku janji...

(Bukakanlah pintu hatimu
Izinkan aku kembali padamu...
Ku sesalkan)
Bukakanlah pintu hatimu
Izinkan aku kembali padamu...
Ku sesalkan perbuatan ku ini
Tak akan berulang lagi ku janji...

****tuhan tolong lembutkan hati dia,,,,,

untuk menerimaku seadanya,,,,
kerna ku tak sanggup 
kerna ku tak mampu hidup tanpa dia disisiku,,,,,,:(

lurve you dearrr,,,,,,,,

Wednesday 11 April 2012

ApaKah aku MIlikmu ????

 asSALAmualaikum,,,semua,,,
ya Allah,,,rindu yang teramat sangat yang ku rasakan sekarang,,,,rindu giler,,,,
hmmm,,,rindu pada sapa?????biarla aku sendiri yang tahu,,,hehehh,,,sesungguhnya,,,aku teramat la busy sekarang ni,,,,MIsTEr  K pun sama kan,,,,almaklumla,,,,final exam dah nak dekat nie,,,,just tinggal 1minggu lebih jak,,,,preparation belum lagi di buat,,,,ayaaaa,,,,,,,
nie,,,bukan malas nk study,,,tp,,,assgmnt makin banyak,,,,,hhuhuhu,,,tension kita dibuatnya,,,,tapi tak apa,,,aku terima segalanya dengan hati terbuka,,,kerana aku adalah seorang student,,,,but apa yang paling penting,,,ada orang yang akan sentiasa support aku dari belakang,,,tq,,,ya,,,cyg,,,hehhe,,:P
panjang pulak,,,,pendahuluan ni,,,heheheh,,,apa2 pun,,,aku teramat rindu at mister k,,,,,,,harap mister k pu merasakan yang sama,,,huuhuhu,,,,
so,,,bermulalahhhhhhhh,,,,selamat membaca,,,
    bismillahirahmanirahim,,,
   Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya,,,

>_< misssss u,,,,