CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday 11 January 2013

sALam HUjung miNggu

assalamualaikum,,,,
huuhuh,,,lama sungguh rasanya tidak mengupdate blog kesayangan ku ini,,
kenap ya,,,,lam sangat aku tak update blog,,,
hmmm,, antara sebab2 nya,,,
* tak da masa,
*duit tak ada, (broadband x relod)
*tengah bahagia (orang tersayang sentiasa disisi)

sejak kebelakangan ni,,,memang x aku nafikan aku sangat la bahagia,,,heehhe,,,sepertinya,,,setiap sem mau ja aku,,praktikal,,,hhehehhe,,(kenapa aku kata begitu???? hhhuuhhuuh,,,manaboleh bagitahu)hehhe

meskipun hati berkata begitu,,,namun setiap hujung minggu,,,memang teramat sangat sunyi la,,,,aku rasakan,,,sunyi yang teramat sangat,,,sebabnya,,,kalau bersama kawan di poli,,,pastinya setiap hujung minggu ada saja aktiviti yang tidak terancang untuk dijalnkan,,,,tapi,,,sem ni,,,tak pula,,,sebab tinggal aku n amy ja yang bersama,,,,

tidak sabar untuk bersama mereka semula,,,,cepat2 la,,,masa berlalu,,,heheehhe,,,

baikla,,,,disini saja coretan kali ini,,,
salam berhujung minggu semua,,,
rindu kawan2 disana,,,semoga kalian sihat hendaknya,,

Sunday 11 November 2012

Arghhh,,,FINAL semakin Dekat,, !!!!!

Assalamualaikum,,, warga bloggerr,,, n salam satu Malaysia,,
ermm,,,rindu sangat,,lama tak update blog,,,dah lebih satu bulan da tak update,,,now ada masa terus 2 jerr,, ambil peluang update blog,,,,,happy sangat...:)



ermmm,,first add all,,sekarang ni,,,aku busy sangat2,,tinggal beberapa hari lagi nk exam,,ermmm,,,sekarang perasaan takut mula menguasai diri,,,bukan apa,,,aku taakut sangat2,,,begini,,,aku dapat rasakan yang markah PB ku sem ni teruk sangat2,,,ku tak nak,,,pointer aku menurun,,,tak nk!!!! ergg,,,

menurun tu,,tak la kesah sangat,,,tp,,,apa yang aku takut,,REPEAT!!! perkataan yang sangat menggerunkan semua kawan2 ku,,,jangan la aku mencipta sejarah,,,arghhh,,takut gila,,,

final,,tinggal 5 hari lagi, ,,, EXAM!!!
tapi,,,persedian dah buat ka,,,aduyyy,,,mals nya,,,
setiap hari,,bukan nya nk study,,tapi,,,movie! makan ! tdor! game! semuaaaa dibuat,,,
sebelumni,,,tak kesah pon semua tu,,,syaitannnnnn menguasai diri ni,,,!!! hahahah,,,
tak pa,,,sekarang,,da masa bolehhh study,,say NO pada semua tu,,, hehehh,,, NO! la sangat kan,, hahah

sekarang,,,semua ni,,,menguasai diri:
 * Risau pasal exam
*takut, sebab belum prepared
*gembira, sebab dah habis semester,,,
*sedih,,sebab kalau tiada halagn,,, 6 bulan tak jumpa  kekawan yang disayangi,,,(feel miss them,,)

apa yang penting untuk aku,, MR K n kawan2 seperjuangan ku,,,SEMOGA KITA BERJAYA  menempuhi segala rintangan bersama2 ,,,k,, semoga kita graduat bersama2 juga,,,

gud luck pada semua yang nk hadapi FInal exam seprti aku N my MISTER k,,,( admin ke 2 blog ni)
semoga kita sama2 berjaya!!  :)
okey,,that alll,,,,,
senyum selalu,,,:)

                                                                                assalamualaikummmmmmmmmmmmm :)

Friday 28 September 2012

weekENd is ComINg

Assalamualaikum,,,,
dan salam Satu malAysia semua,,,
hari ini,,,jumaat,,,,
beberapa jam lagi mau tiba hari sabtu,,,aduh,,,
aktiviti apa nak buat minggu ni,,,
ala,,,coba la,,ada org yang memahami hati kecilku ini,,,pasti gembira,,,
aduyyya,,,,hati-hati kecil ku setiap kali hujung minggu tiba,,,pasti menjerit2,,,meronta2,,,
nak keluar,,,nak jalan,,bersiar sana,,,bersiar2,,sini,,,mau snap ,,sana,,snap sini,,,
aduhhh,,,,
siapa ka,,,insan yang mengerti perasaan ini,,,

esok,,Sabtu 29 september, 2012,,,
pastinya,,,ada satu tugasan yang sedang menunggu,,dan perlu di siapkan,,,,,
heheh,,,esok outing,,,dengan kekawan senget,,,
pegi  shooting,,,(konon),,mesti siap kan esok juga,,video,,ni,,dah tak da masa da,,,nak siapkan,,,
mau edit2 la,,,apa lagi,,,semuanya memerlukan kesabaran,,,

hhuhuh,,memang sebok la sem ni,,,sebok sangat,,,
masalah dengan lecture2 pun bnyak,,,ala,,,apa nak jadi la student macam aku ni,,,
(out of topic la pulak,)

api,,,yang pasti,,,aku tengah perfikir ni,,,apa yang nak dibuat hujung minggu ni,,,
rasanya,,,macm lama suda tak outing,,,dengan mister k...aduhhh,,,Mister K jom,,,la,,,outing,,minggu ni,,,
lama dah kita tak gambar sama 2,,,rindu ni,,,,ala aiii,,,,




Sunday 23 September 2012

kisAh Aku n Mister K

aSsalamualaikum,,,,
hari ini aku rasa rindu pulak dengan2 zaman persekolah dulu,,,
time masih sekolah menengah la,,,
entah,,,kenapa tiba2 pula hati ini ingin mengingati zaman persekolahan di sekolah menengah dulu ya,,,
biasa la tu,,,kot,,,bnyak sangat memori kenangan lalu yang telah aku lalui,,,,
pahit manis semua ku rasa,,,,tapi,,,semuanya tinggal kenangan,,,
hari ini,,,kenapa aku sedih sangat bila nak kongsi cerita  aku masa menigkat remaja argghhh,,,
sedih ni,,,sebak,,,,
nak di pendekkan cerita,,,aku rindu la,,,dengan sahabat lama aku di alam remaja dulu,,,(rasa dah tua pulak)
hmmm,,,mana tak nya,,,sekarang umur hampir mencecah 20 tahun,,,dah tua la ti,,,kalo di beri suami,,,dah ada anak kot,,,hahahha,,terpesong pulak,,,arggg,,,nak tengok ker,,,gambar aku dulu2,,,tme masih guna baju sekolah,,,,jommmm,,,ekot,,,mengembara sebentar bersama saya....

bermulalahhhhh,,,









opsss!!!! siapa disebelah ku!!! kenal kerr,,,

my best frend,,,








nampak tak aku n Mister k!!!!
hehhehe,,,dulu satu kelas,,,sekarang dah tak lagi


rindu pada mereka semua,,,:)
Apapun,,,itulah kenangan kami bersama,,,,apapun,,,paling penting,,,kenangan aku n MIster K adalah sama,,,:)
"KLMJ" kan mISter K 



Tuesday 18 September 2012

dhIA yang MenCintaiku





Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia akan pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi akan menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk anda.
Berikut adalah tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan jujur dan ikhlas:
  1. Si dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela dan bukan kerana terpaksa.
  2. Si dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan sanggup berubah demi menyenangi hati pasangannya.
  3. Si dia banyak menasihati kekasihnya kerana si dia amat menyayangi kekasihnya.
  4. Si dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap. (maksud: mengambil berat setiap apa yang dilakukn oleh kekasihnya)
  5. Si dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
  6. Si dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana si dia sentiasa berasa curiga jika kekasihnya dikacau lelaki lain.
  7. Si dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
  8. Si dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
  9. Adakalanya si dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana si dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.
  10. Si dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
  11. Si dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk dan dimanjai oleh kekasihnya.
  12. Si dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
  13. Si dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.
  14. Si dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
  15. Si dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana si dia tidak mahu kasih sayang antara mereka menjadi luntur.
  16. Si dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
  17. Si dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa mengorbankan masa dirinya sendiri.
  18. Si dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
  19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, si dia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun si dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
  20. Apabila timbul orang ketiga, si dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
  21. Si dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
  22. Si dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau si dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100% mencintai kekasihnya.
  23. Si dia sanggup menitiskn air mata demi kekasihnya. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. (Tidakkah anda terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi anda?)
HARGAILAH MEREKA dan terimalah mereka seadanya… Berilah mereka perluang untuk memberi cinta sejati

Friday 7 September 2012

tiket untuk couple (niKah GAntung)


Dalam adat orang Melayu, kebiasaannya perkahwinan dimulai dengan pertunangan sedangkan mengikut cara yg diamalkan dalam masyarakat dulu iaitu nikah gantung adalah lebih menepati maksud khitbah dalam Islam bukannya bertunang.

Namun, ada juga orang yang menyamakan Khitbah dalam Islam sebagai pertunangan adalah tidak tepat. Akibat dari cara khitbah yang salah telah menjadikan pertunangan sebagai asas untuk menghalalkan “coupling” (dulu disebut berdua-duan atau merendet) antara lelaki dan wanita.
Ada yang memberi alasan untuk ber’couple’ dulu atau bertunang dulu untuk kenal mengenali satu sama lain sedangkan hubungan perkahwinan bukan isu hukum Thourndike “cuba-cuba” atau “trial and error”. Ia adalah satu amanah dalam Islam.
Ramai di kalangan remaja pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”. Ada yang berkata,”Bertunang boleh kenal hati budi, kalau tak sesuai boleh putuskan tapi kalau dah kahwin susahlah, nak bercerai malu!”
Isunya: “Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara yang halal.. iaitu BERNIKAH!”.
Apabila persoalan nikah ini diutarakan, ramai yang akan memberikan respon yang skeptik.“Saya belum bekerja!”, “Saya masih belajar!”, “Mana nak cari duit buat belanja kahwin?”, “Ni bukan main-main, nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak Ayah tak bagi!”, “Nak tinggal kat mana? Sapa yang nak bayar sewa rumah” dan 1001 alasan lagi.
Kenapa mereka boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja… “Kamu wajib berkhitbah!”.
 Khitbah
 Secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu.
Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat,
Hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”.
Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak. Lebih menyedihkan ada yang bertunang kemudian ber’coupling’ berakhir dengan keterlanjuran, kemudian putus dengan pelbagai alasan.
Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar.
Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan.
Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung” (bunyinya amat mengerikan?)
Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”.
Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan pemuda pemudi kita hatta yang janda,duda atau yang nak berpoligami serta yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.
Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja. Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian.
Sudah pasti ada ibu bapa akan tidak bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu.
Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kebejatan moral menggila. Lihatlah apa yang berlaku di seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh sebuah akhbar harian baru-baru ini mengenai aktiviti pengguguran cukup merisaukan banyak pihak.
Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus ke arah maksiat dan nafsu.
Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini.
Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu.
Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko.
Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.
Saya sedang berusaha untuk menghidupkan kembali ‘nikah gantung’ ini dengan panggilan baru iaitu ‘nikah khitbah’, walaupun menghadapi sedikit masalah penerimaan.
Ia semata-mata bertujuan untuk mengelakkan perkara maksiat yang boleh berlaku seperti berhubungan melalui telefon (melepas rindu dendam melalui telefon, sms, chatting, fb dll), bertemu antara pasangan walaupun ada mahram (tetap akan berlaku bertentang mata dan apa sahaja yang boleh menjadi muqaddimah kepada zina mata, tangan, hati dll.)
Saya sendiri bernikah gantung (nikah khitbah) pada 7.7.1979 iaitu 6 bulan sebelum majlis kenduri. Dengan tiket nikah saya tiada masalah untuk menemui isteri atau keluar bersama-sama (ber’couple’) kerana dah disahkan sebagai suami isteri (gantung-sebab tdk duduk serumah) yang lebih menepati khitbah secara Islam.
Malah dengan tiket nikah itu membuatkan saya merasai beban amanah sebagai suami meskipun kami tidak serumah sementara menunggu majlis kenduri pada bulan Disember 1979.
Saya mahu menjadi ibubapa yg awal pada zaman moden yang penuh kecelaruan dengan menjadikan nikah khitbah dipraktikkan oleh anak-anak saya yang belum berkahwin, insyaAllah. Doakan! :)

Thursday 30 August 2012

sAlam KemerdekaAN

        
saya anak Malaysia,,,
Merdeka!!!,Merdeka!!!,Merdeka!!! itu lah kata dan laungan azimat yg dinantikan di tanah melayu ketika dahulu.
Kita sebagai rakyat Malaysia sangat bertuah hidup di dalam negara yg aman damai , Nikmatilah dengan rasa bersyukur pada Illahi di atas kemakmuran yang tersedia di atas pengorbanan dan perjuangan para perwira-II tanah air yang berbakti, berjasa dan juga yang telah menumpahkan darah terakhir di Tanah Melayu yang dikenali sekarang MALAYSIA.
Marilah kita jaga sama-II menjaga keamanan negara ini dengan sebaik-II nya ,agar semua masyarakat dapat hidup dengan aman , makmur dan sentosa.

*****SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-55 :)